Home

Tempat Menarik di Medan Danau Toba

Tempat Menarik di Medan Indonesia | Danau Toba


Tempat Menarik di Medan Indonesia | Danau Toba. Tiada yang lebih mengujakan selain berpeluang menyaksikan panorama indah Danau Toba di Medan hasil letusan gunung berapi. Dikelilingi bukit-bukau menghijau dan perairan membiru terbentang luas bagaikan berada di tengah lautan.

Dari Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Namu, menempuhi perjalanan sejauh 200 kilometer (km). Perjalanan mengambil masa selama lima jam, namun tidak bosan kerana panorama sekitar mengasyikkan mata memandang. Bagi pencinta alam ia tentunya sangat berbaloi.


trip ke medan
Sebelum itu, kami tiba di Parapat, sebuah pekan kecil yang menjadi salah satu akses laluan feri ke Pulau Samosir di Danau Toba. Perjalanan dari Medan ke Parapat sejauh 176km melalui dua pekan utama, Tebing Tinggi dan Permatang Siantar.

Sudah menjadi kemestian kepada pelancong luar singgah di Restoran Garuda bagi menikmati hidangan tengah hari dan bertamu di kedai Paten yang terkenal di Medan.
Menariknya, kedai yang menjual beraneka jenis kuih dan makanan ringan itu melabelkan nama produk mereka dalam cara cukup unik seperti Tengteng, Tingting, Tangtang, Tongtong, Tungtung, Pangpang dan Pingping.


danau toba
Jangan terkejut, jika sepanjang perjalanan anda akan menemui laluan sempit. Malah kenderaan besar seperti lori dan bas umpama ‘raja jalan’.

Bagaikan gugur jantung dibuatnya menyaksikan gelagat mereka. Namun semuanya berubah sebaik tiba di Danau Toba.

Keindahan Danau Toba sememangnya memukau. Luasnya tiga kali lebih besar daripada Singapura. Tasiknya sedalam 450 meter menjadi tasik ketiga terbesar di dunia, sekali gus menggamit memori sesiapa saja yang berkesempatan mengunjunginya.

Terbentuk hasil ledakan gunung berapi 75,000 tahun yang lalu dengan keluasan 100km panjang dan 30km lebar, ia dikelilingi batu berbentuk pulau dikenali Pulau Samosir, peninggalan daripada letusan gunung yang kini didiami kebanyakan masyarakat berketurunan Batak.


Antara penempatan yang sering dilawati adalah Tomok, perkampungan suku kaum Batak Toba.

pakej melancong ke medan
Di Pulau Samosir, mesti sempat ke Ambarita yang menjadi tumpuan pelancong kerana kesan sejarahnya menarik.
Masih wujud peninggalan istana raja Batak di Huta Siallagan, selain tempat pesalah dihukum pancung serta kerusi dan meja batu untuk bermesyuarat dinamakan Batu Persidangan.

kembali ke Parapat untuk meneruskan perjalanan ke Brastagi iaitu satu lagi kawasan tarikan pelancong yang agak terkenal di utara Sumatera kerana suhu udara yang sejuk seperti di Cameron Highlands.

Gunung berapi yang masih aktif iaitu Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung menghiasi pemandangan ke Brastagi.

trip percutian medan danau toba
Dalam perjalanan balik, dibawa menggunakan laluan lain untuk ke Brastagi yang kebiasaannya dilalui pelancong saja.

Sepanjang perjalanan, mata dihidangkan dengan pemandangan menakjubkan sebelum singgah di Tanjung Unta yang menjadi kemestian buat pelancong merakam pemandangan menakjubkan Danau Toba.
gambar
Boleh dikatakan sejumlah besar orang Batak, baik Batak Toba atau Batak Karo menganut Kristian.

Oleh itu, sepanjang perjalanan dari Perapat ke Brastagi, kelihatan banyak gereja selain deretan kedai makan yang menghidangkan babi panggang dan anjing di tepi jalan.

Selain itu, kelawar atau kalong (sebutan rakyat tempatan) turut dijual di tepi jalan yang menurut pemandu, ia bukan saja dijadikan hidangan harian, malah dikatakan baik untuk menyembuhkan penyakit lelah.

Jujurnya semua bahan disajikan itu mungkin tidak sesuai kepada penulis, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengetahui sedikit sebanyak budaya masyarakat setempat.

Tidak lengkap rasanya jika tidak singgah di air terjun Si Piso Piso yang terletak berhampiran Desa Tongging.

Pemandangan Si Piso Piso berketinggian kira-kira 120 meter juga menjadi satu tarikan. Air terjun ini agak unik kerana aliran air kelihatan seperti keluar dari celah bukit, tapi sebenarnya terbentuk daripada sungai bawah tanah yang mengalir melalui sebuah gua di sisi kawah Danau Toba.

Air terjun Si Piso Piso ini boleh dilihat dari jarak dekat, namun memerlukan stamina yang tinggi kerana perlu melalui ratusan anak tangga untuk sampai ke dasar sungai.
Di Berastagi kesejukan mencengkam tulang, apatah lagi hujan lebat pada sebelah malam.

Difahamkan hampir semua hotel di Brastagi tidak dilengkapi penghawa dingin kerana suhu semula jadi yang sedia ada sejuk dan nyaman.

Hari ketiga lawatan, meneruskan perjalanan ke Medan yang mengambil masa dua jam dari Brastagi, walaupun jarak antara kedua-dua bandar ini kurang 70km. Ini kerana keadaan jalannya yang sesak.

Di Medan, antara tempat menarik yang boleh dilawati adalah Pajak Ikan iaitu kawasan deretan kedai yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, tudung, telekung serta kain pasang.

tidak lama di sana kerana keadaannya yang sesak serta panas menimbulkan rasa tidak selesa untuk membeli-belah.


Selain itu, sebuah istana lama kepunyaan Sultan Deli tersergam indah. Ia dinamakan Istana Maimoon dan inilah satu-satunya peninggalan Kesultanan Deli yang memerintah pada 1888.

cover by trvlblog